Terkini !!!!!! (Video) Budak Ludah Penumpang Bas Berkali-Kali Jadi Viral, Lihat Reaksi Netizen !

loading...
 (Video) Budak Ludah Penumpang Bas Berkali-Kali Jadi Viral, Lihat Reaksi Netizen !

AKSI seorang kanak-kanak berkelakuan kurang sopan dengan meludah dua penumpang wanita dalam sebuah bas ekspres baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Menerusi rakaman video berdurasi 45 saat, kanak-kanak lelaki itu pada mulanya dilihat berdiri dan menghadap dua penumpang wanita muda yang berada di belakangnya.
Namun, mungkin kerana ingin bermain, kanak-kanak itu kemudian cuba menarik kain langsir di tempat duduk kedua wanita itu, lalu meludah ke arah mereka.
Bagaimanapun, penumpang berkenaan menghalangnya berbuat demikian menyebabkan kanak-kanak terbabit meludah mereka sebanyak 14 kali.
Kedua-dua wanita itu kemudian cuba melindungi diri menggunakan langsir dan tangan daripada terkena air ludahan sebelum salah seorangnya cuba memaklumkan kepada individu yang duduk di sebelah kanak-kanak itu dipercayai ibu bapanya, agar menegur perbuatan anaknya.
Tindakan kanak-kanak itu nyata mengundang reaksi negatif warga maya dengan menyarankan agar penjaganya menghalang perbuatan biadap kanak-kanak itu.
�Ini kalau kena dekat aku, memang aku tampar mulut budak ini, dengan mak-mak dia aku tampar sekali. Eh bodoh, kalau tak tahu macam mana nak jaga anak, tak payah buat anak,� tulis Radiatul Adawiyah.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat bahawa memang kebiasaan bagi budak-budak untuk berperangai seperti itu dan menyarankan dua penumpang wanita itu sepatutnya mengadu pada ibu kanak-kanak berkenaan.
�Dalam video ini, kakak dua orang itu penyabar kot, sebab itu dia tak marah, dia senyum sahaja. Korang marah budak-budak macam korang tak pernah jadi budak,� kata Ieeja Pinky.
Bagi Pejal Ibrahim pula, �Jangan salahkan budak itu. Salahkan orang tua dia. Kau nak tampar dan sepak budak itu buat apa? Budak bawah umur 6 tahun, apa dia tahu? Dia tahu nak bermain saja.
�Pesan pada ibu bapa dia. Kalau tak dengar, maknanya parentnya yang bermasalah. Itu saja,� katanya.
loading...

0 Response to "Terkini !!!!!! (Video) Budak Ludah Penumpang Bas Berkali-Kali Jadi Viral, Lihat Reaksi Netizen !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close