loading...
Menurut
Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu
kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal
waktu menjadi artis.
Segenggam
duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan
sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.
Lawak
hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan
Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar
penghibur.
“Saya
pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung
di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta
yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil
dilakukan dalam hidup,” kata Jep.
Dia
yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk
dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di
Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.
“Ketika
mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau
meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu
ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk
membeli nasi selepas seharian berlapar.
“Alhamdulillah,
proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan
kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut
terlupa cara mahu turun.”
Tambah
Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak
daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas
sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal
usia 25 tahun.
“Takdir
mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau
memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara
kebetulan.
“Saya
mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi
apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak
tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.
Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.
“Kerjaya
saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun
sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia)
Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah
selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba
nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.
“Apabila
ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga
tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur
kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.
Berbicara
mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu,
dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform
khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.
Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.
“Pelawak
boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal
semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur
nasihat.
“Pengetahuan
mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk
melawak,” kongsi Jep. - See more at:
http://kezoom.blogspot.my/2013/05/kisah-benar-kehidupan-jep-sepah-sebelum.html#.V51vw-t9600
loading...
0 Response to "Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu sebelum menjadi artis..Susah perit kehidupan hanya ALLAH sahaja yang tahu..Jep KONGSI Kisah Kehidupan sebelum menjadi artis yang ramai orang TIDAk TAHU"
Post a Comment