Kejam! Bapa Sanggup Gantung Anak Kerana Tak Puas Hati Bekas Isteri Koyak Surat Cerai

loading...
Kejam! Bapa Sanggup Gantung Anak Kerana Tak Puas Hati Bekas Isteri Koyak Surat Cerai

Sebelum ini di Thailand, seorang bapa bertindak kejam menggantung anaknya yang merupakan bayi berusia 11 bulan selepas bergaduh dengan isterinya. 
Terbaru, seorang bapa di Sichuan, China tergamak menggantung anak perempuannya di luar rumah dan memukul mangsa, hanya kerana berang dokumen perceraian dengan bekas isterinya dikoyak.
Memetik laporan The Sun, kejadian berlaku apabila kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu yang tidak dapat menerima berita perceraian ibu bapanya bertindak mengoyakkan dokumen tersebut.
Si bapa yang mengetahui perbuatan anak perempuannya itu ‘naik hantu’ lalu menghukum mangsa dengan mengikat tali pada leher dan memukul kanak-kanak malang itu.
Tidak cukup dengan itu, lelaki itu merakam video menunjukkan anak perempuannya dalam keadaan tergantung pada siling, sebelum menghantar rakaman berkenaan kepada bekas isterinya, dipercayai bagi menyakitkan hati wanita tersebut.
Terkejut dengan perbuatan bekas suami, si isteri yang bimbang akan keselamatan anaknya terus melaporkan dan menunjukkan rakaman tersebut kepada pihak polis.
Polis segera menahan suspek di Bandar Guangyuan, yang terletak di barat daya wilayah Sichuan, China.
Menurut jurucakap polis, kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital dan tidak mengalami kecederaan serius, namun mangsa diberikan kaunseling bagi mengatasi trauma ekoran insiden tragik itu.
Difahamkan, bekas isteri suspek akan diberi hak penjagaan kanak-kanak perempuan itu.
Kes masih masih dalam siasatan dan jika didapati bersalah suspek boleh dihukum penjara kerana mendera.
loading...

0 Response to "Kejam! Bapa Sanggup Gantung Anak Kerana Tak Puas Hati Bekas Isteri Koyak Surat Cerai"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close