KINI VIRAL : Netizen Busuk Hati Dakwa Gadis Dapat Jawatan Kapten Tren Guna

loading...
Netizen Busuk Hati Dakwa Gadis Dapat Jawatan Kapten Tren Guna

Semalam kisah kejayaan gadis berusia 21 tahun yang berjaya mendapat jawatan kapten termuda tren aliran ringan (LRT) di Rapid KL menjadi perhatian netizen dan ramai mengucapkan tahniah atas kejayaan gadis tersebut. 
Namun ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati atas kejayaan gadis tersebut. Mereka menuduh bahawa gadis tersebut berjaya mendapatkan jawatan tersebut dengan menggunakan 'orang dalam' atau pengaruh 'kabel' tertentu dalam syarikat tersebut. 
Netizen merasakan gadis yang bernama Nur Aina Asmida Jamaliddin begitu senang diterima kerja dan lantar melontarkan dakwaan sebegitu. Ada yang terus membuat andaian gadis tersebut tidak mempunyai apa-apa kelayakan seperti ijazah atau diploma memandangkan usia yang terlalu muda. Antara segelintir netizen yang mungkin tidak berpuas hati atas rezeki gadis tersebut. 
“100% sure dia takde degree, normally degree habis umur 23/24. 99% sure dia takde diploma, normally diploma habis umur 21, impossible lepas grad, takde pun terus kapten. 60% (pengalaman 3 tahun lepas habis SPM terus start kerja dari bawah, etc sijil) + 40% (backup orang dalam),” 
“Kabel besar mesti dapat maa,” 
“Hulur tu penting untuk memegang jawatan,”
Rakan sekerja Faisal Rusli tampil untuk menjawab tuduhan pedas dan tidak berasas oleh segelintir netizen tersebut. 
“Tak perlu la nak cakap camtu bro. Dia tak ada cable pun. Aku kerja dengan dia sekali sebagai pemandu tren. Dulu dia kerja kat fast food station Ampang. Ada pengambilan baru dia cuba nak kerja sini. So, sebelum cakap guna kabel siasat dulu,”
Namun gadis itu tidak cepat melenting malah dalam status yang dimuat naik gadis itu menjelaskan dia hanya orang biasa yang ingin mencari rezeki yang halal untuk membantu kedua-dua orang tuanya. 
Sebelum ini, Nur Aina bekerja di sebuah kedai makanan segera dan sering ulang alik menggunakan LRT setiap hari. Atas minat yang mendalam, gadis ini memohon jawatan kapten tren dan rezekinya berjaya mendapatkan jawatan itu.
loading...

0 Response to "KINI VIRAL : Netizen Busuk Hati Dakwa Gadis Dapat Jawatan Kapten Tren Guna"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close