Cedera di Tetak Kerana Menjual...... ya Allah.. Sekarang Hidup Di Malaysia dah tak berapa selamat....Jenayah Berleluasa..

loading...

KOTA BHARU - Seorang peniaga cedera di bahagian badan, peha dan kepala ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan restoran di Jalan Wakaf Mek Zainab di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa berusia 19 tahun, diserang empat lelaki dan dua darinya dikenali.


Mangsa ditemui oleh abangnya dalam keadaan berlumuran darah selepas abangnya yang keluar minum bersama rakan di kawasan berhampiran, menerima panggilan telefon dari ibu yang memberitahu adiknya ditetak sekumpulan lelaki.
Ketika abang mangsa di tempat kejadian, dia melihat adiknya terbaring dalam kesakitan dan cedera di beberapa bahagian badan.
Dipercayai sebelum kejadian, mangsa bertemu dua rakanya yang mahu menjual kamera kepadanya.
Mangsa kemudiannya bertemu dua rakannya itu di hadapan sebuah kedai dan ketika membelek kamera yang dijanjikan untuk dijual itu, mangsa dipukul dua rakannya itu dan kemudiannya ditetak dengan kelewang.
Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan dan dia cuba menyelamatkan diri dan pergi ke sebuah kedai kopi untuk menyembunyikan diri.
Namun mangsa terus diserang dua lagi rakan suspek yang turut bada di kawasan itu.
Keempat-empat suspek kemudiannya terus melarikan diri dengan masing-masing menunggang dua motosikal.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh abangnya dan menerima rawatan di wad Chempaka Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan susulan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff berkata, abang mangsa kemudiannya membuat laporan polis.
"Hasil laporan awal yang kita dapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri, luka kaki kiri dan kita masih rujuk laporan perubatan.
#SinarHarian
loading...

0 Response to "Cedera di Tetak Kerana Menjual...... ya Allah.. Sekarang Hidup Di Malaysia dah tak berapa selamat....Jenayah Berleluasa.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close