loading...
- Seorang Jururawat Di Sebuah Hospital Di Filipina Bertindak Kejam Dengan Menampal Mulut Bayi Berusia 5 Hari Dengan Pita Pelekat Kerana Mendakwa Terlalu Bising
- Sebuah hospital di Filipina menjalankan siasatan selepas gambar seorang bayi yang baru beberapa hari dilahirkan dengan mulutnya ditutup pita pelekat tersebar secara meluas di Internet.
- Bapa bayi malang itu, Ruan Noval mendakwa jururawat di hospital terbabit memberitahunya mulut anak lelakinya dilekatkan dengan pita pelekat kerana dia tidak henti-henti menangis.
- Bapa Bayi, Ryan Noval Bertindak Menyebarkan Berita Anaknya Ini Di Laman Sosial
- Dia yang kecewa dengan layanan jururawat hospital berkenaan bertindak mengambil gambar anaknya untuk disiarkan di laman sosial Facebook.
- "Inilah anak saya, Yohannes Noval. Dia tidak mampu bersuara mengenai pengalaman ngerinya, justeru kita harus bersuara untuk dia," kata Ryan.
- Gambar Itu Ternyata Mencetuskan Kemarahan Di Kalangan Netizen Di Seluruh FIlipina
- �Saya harap jururawat bodoh itu masuk penjara,� tulis seorang pengguna Twitter, Mellany Monroy.
- �Pihak berkenaan perlu mengambil tindakan terhadap kejadian itu agar ia tidak akan berulang. Memang teruk! Jururawat itu patut disaman,� tulis pengguna Nicole Vessell di Facebook.
- Pihak Hospital Walau Bagaimanapun Masih Menyiasat Aduan Yang Dibuat Ryan Noval Dan Isterinya Itu
- Hospital bersalin di tengah Cebu itu memberitahu media, pihaknya masih menyiasat aduan yang dibuat Ryan Noval dan Jasmine Bodocdoc yang mendapati mulut anak lelaki mereka berusia lima hari itu dilekapkan dengan pita pelekat di wad khas bayi hospital terbabit.
loading...
0 Response to "Seorang Jururawat Di Sebuah Hospital Di Filipina Bertindak Kejam Dengan Menampal Mulut Bayi Berusia 5 Hari Dengan Pita Pelekat Kerana Mendakwa Terlalu Bising"
Post a Comment