Bimbang Diculik Pengganas, Bapa Tukar Nama Anak 'Messi' Ke Hassan

loading...
Bimbang Diculik Pengganas, Bapa Tukar Nama Anak 'Messi' Ke Hassan

Sebelum ini pernah ada seorang jejaka yang dikatakan sukar untuk mendapat kerja kerana tiada majikan yang ingin menerimanya sebagai pekerja berikutan bernama Saddam Hussein iaitu bekas presiden Iraq.
Terbaru bertempat di Baghdad, terdapat seorang kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun, hanya kerana bernama Messi, dirinya terpaksa berdepan detik-detik memeritkan dalam kehidupannya apabila diculik bersama ibu dan kakaknya oleh kumpulan pengganas Daesh dari rumah mereka di Sinjar, utara Iraq pada 2014.
Memetik laporan Daily Mail, ketika itu, Daesh sering kali menuntut wang tebusan daripada keluarga kanak-kanak terbabit, namun mereka tidak mampu membayarnya.
Bagaimanapun, Messi berjaya diselamatkan dan kini tinggal di kem pelarian di Dohuk, Iraq.
Menurut bapa Messi yang enggan dikenali, berikutan khuatir kejadian yang sama akan berulang lagi, maka bertindak menukar nama anaknya itu kepada Hassan setelah diberitahu oleh isterinya. 
Menurut laporan Iraqi News, hasil trauma dengan insiden itu, Messi kini jarang bercakap dan sering memegang pistol mainan dan ketika dipanggil nama Messi, kanak-kanak berkenaan kelihatan menggelengkan kepalanya.
Tahun lalu, seorang kanak-kanak Afghanistan menarik perhatian dunia apabila memakai jersi diperbuat daripada beg plastik yang tertera nama Lionel Messi, dilukis dengan pen.
loading...

0 Response to "Bimbang Diculik Pengganas, Bapa Tukar Nama Anak 'Messi' Ke Hassan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close