loading...
Cerita Hantu Di Kem PLKN (Kisah Benar)
Cerita hantu kali
ni telah dikongsikan oleh salah seorang peserta kem PLKN.. Nama dan kem
PLKN beliau terpaksa di rahsiakan diatas permintaan tuan punya cerita
seram ini.. Untuk tidak memanjangkan cerita ni mari kita sama² baca
kisah dan pengalam yang telah beliau lalui semasa menjalani latihan di
kem PLKN tersebut :-
Dah namanya pun hantu.. Memang la hantu ni tergolong dari golongan jin
dan syaitan, selagi dia tak dapat sesatkan orang, selagi tu lah dia akan
cuba.. Benteng pertahanan diri? Dekatkan diri pada Allah, of course..
Hiasi dengan bacaan Al-Quran dan zikir, InsyaAllah, diri akan selamat
dalam lindungan Allah S.W.T.
Kali ni, saya nak bercerita lagi kisah seram benar iaitu
kejadian yang saya alami sendiri semasa berada di kem PLKN.. Kem PLKN
mana tak perlu la saya nyatakan di sini untuk menjaga nama baik kem PLKN
tersebut.. Kali ni, cerita hantu main peek-a-boo pulak..hahaha.. Sounds
so funny, but seriously, memang bukak kaki langkah seribu la masa
tu..huhu..
Taklimat Daripada Jurulatih Kem Pasal Hantu
Jurulatih cakap, tandas ni keras ada penunggu.. Jadi, jangan tutup
lampu.. Jurulatih cakap lagi, malam² biasanya akan ada orang yang mandi
kat situ (bukan manusia, okhayyy…) guna tandas tu dan sebagainya.. Tu
pasal la tandas tu tak perlu tutup lampu sedangkan tandas-tandas lain
memang kena tutup lampu.. Dan jangan guna tandas tu waktu malam lebih
dari kul 12 tengah malam.. Kalau nak guna tandas dah tak tahan juga,
jurulatih suruh guna tandas lain.. Kalau dah jurulatih pun dah kata gitu
memang tandas ni mempunyai cerita hantu nya yang tersendiri la..
Masa kat sini, kami akan bergilir2 untuk berjaga setiap malam.. Kira ada
shif la, contohnya, dari pukul 12 hingga pukul 2 pagi, akan ada 3 orang
pelatih perempuan dan 3 orang pelatih lelaki yang akan berjaga untuk
setiap shif.. Next shif untuk berjaga, pukul 2 hingga pukul 4 pagi dan
last skali pukul 4 hingga pukul 6 pagi.. Setiap jam, pelatih-pelatih yg
berjaga / mengawal ni wajib membuat rondaan di semua blok yang ada..
Kiranya pelatih perempuan akan buat rondaan kat blok² perempuan dan
pelatih lelaki akan buat rondaan kat blok² lelaki.. Lepas buat rondaan,
kena berkumpul dekat bilik berkawal yang disediakan..
Antara waktu 12 – 4 pagi, sememangnya waktu kemuncak biasanya kami
dikacau.. Macam dah jadi perkara normal la pulak walhal dalam hati,
kecut jugak lah.. Biasanya masa kat bilik berkawal, kami akan berkumpul
dan baca yassin ramai².. Sebab kadang² kat bilik berkawal tu pun kami
pernah dikacau..huhu.. Contohnya orang lempar batu dekat tingkap
atau pintu.. Bunyi yang macam² ada 'benda' yang terbang dari pokok ke
pokok lain dan sebagainya..
Cerita Hantu Sebenar Bermula
Alkisahnya pasal tandas ni, masa tu saya dan 2 orang lagi kawan amik
shif pukul 2 – 4 pagi.. Waktu kemuncak hantu kem PLKN ni biasanya
mengacau.. Masa tu kami buat la rondaan kat blok² perempuan.. Semua
orang tengah syok² tidur, kami lak kena berjaga.. Memang jeles betul
la.. Berbekalkan hanya lampu suluh dan berpakaian lengkap beruniform dan
berkasut boot, kami pun meronda.. Suluh sana, suluh sini, tetiba saya
tersuluh satu bayang manusia yang mengadap ke arah kitorang tapi jauh la
dari kitorang masa tu.. Masa tu hati da start dup dap dup dap.. Dah
macam lagu dangdut da..
Saya pun berbisik la kat kawan², "eh..korang..baca ayat kursi tau.. Buat
pendinding diri.. Rasa macam tak sedap hati je neh.." Kawan² da start
hairan.. Diorang tanya la kenapa? Saya pun hala lampu sekali lagi nak
tunjuk la ke arah bayang² tu, tapi memang da tak de da bayang² tu.. Maka
saya pun anggap la mungkin mainan bayangan saya je kot.. Tak pun
pelatih nak pergi tandas ke (walhal dalam hati menafikan bukan camtu..)
Bila da tengok benda tu takde, saya cakap la dengan kawan², nanti bila
kat bilik berkawal nanti saya ceritakan.. Kami pun amik keputusan untuk
terus meronda lagi.. Suluh sana, suluh sini..
Masa nak balik ke bilik berkawal semula, kami pun melintas la kat depan
bilik air yang mempunyai banyak cerita hantu seram tu.. Tetiba ada
semerbak bau sabun.. Wangi sangat².. Padahal masa mula² masuk tadi takde
pulak bau wangi² macam neh.. Entah macam mane, ada pulak kawan yang
pergi tegur bau tu.. Kira terlepas cakap la.. Sedangkan jurulatih pernah
pesan, kalau ada terbau pape yang wangi dari tandas ni malam², jangan
sesekali tegur..
Kitorang terdiam.. Dalam hati da kecut da nih.. Tapi entah macam mane,
rasa nak tau jugak bau sabun tu membuak².. Jadi, kitorang sepakat nak
masuk tandas tu.. Masa sampai kat area tandas tu, bau wangi makin kuat
dan siap bunyi orang mandi lagi.. Bunyi orang cedok air dalam kolah dan
jirus untuk mandi.. Memang jelas sangat².. Lepas tu kami pun dengan
langkah yang takut tapi buat² berani, nak jugak masuk dalam tandas tu..
Masa tu ada kawan saya ni (yang tegur bau wangi tadi tu) dia ni jenis
berani la sikit berbanding kitorang.. Masa mula² dia jejak kaki kat
pintu tandas, dia menjerit dalam tandas tu " Helllloooooooooooo…" Terus
serta-merta, bunyi orang yang mandi tadi hilang.. Tapi bau wangi tu
still lagi ada.. Kawan saya yang berani ni terus masuk, cek satu² dalam
bilik air.. Saya dan sorang lagi kawan berkawal kat pintu tandas
je, takut la kami nak masuk..
Lepas kawan masuk cek berpuas hati, dia keluar, cakap semua bilik air
kosong takde orang.. Tapi ada kesan basah macam orang baru lepas mandi
dan bau wangi pun memang semerbak.. Nak kata ada orang cilok kuar dari
situ masa kami mula² nak masuk memang mustahil sangat² la sebab kami
duduk kat pintu tandas.. Pintu tandas yang satu lagi pun takde kesan
tapak selipar yang basah.. Jadi agak mustahil la orang tersebut keluar..
Masa tu hati dah tak payah cakap la.. Memang jantung berdegup giler²..
Last², kitorang pun nak blah.. Tapi kawan saya yang berani
ni pergi tutup suis lampu tandas tu la pulak sebelum kitorang keluar..
Tak sampai 10 langkah kitorang keluar, tiba²…
"Tiiiikkkk…."
Lampu tandas terbuka semula.. Masa tu kami da pandang sesama sendiri.. Sape yang buka pulak ni??
Lampu tandas terbuka semula.. Masa tu kami da pandang sesama sendiri.. Sape yang buka pulak ni??
Kawan saya yang berani ni tak puas hati.. Jadi dia pergi semula kat
tandas tu.. Dia tutup balik suis lampu tu.. Pastu dia datang balik kat
tempat saya dan kawan yang sorang lagi tunggu.. Baru je dia nak sampai
kat tempat kitorang, "tikkk…" Lampu tandas tu menyala kembali.. Kali ni,
kami andaikan suis lampu ni yang problem kot.. Masa ni, memang dah
start takut dah ni.. Masa tu kami pun dah cakap kat diorang, dah² la
tutup suis lampu tu.. Jurulatih kan tak bagi kita tutup.. Tapi dia
tak mau dengar apa yang kitorang bagitau tu..
Walaupun dah 2 kali suis terpasang sendiri macam tu, kawan saya yang
berani ni still tak puas hati.. Untuk kali ke-3, dia pergi lagi kat
tandas yang banyak cerita hantu tu untuk tutup semula lampu tu.. Lampu
suluh kami halakan pada dia la sebab dia nak masuk dalam tandas kan..
Lepas tu, dia tutup balik lampu tu dan dia berdiri dekat pintu tandas tu
dalam 10-15 saat jugak la.. Pelik, suis tu tak pulak terbuka dengan
sendiri masa dia ada kat situ.. Lepas tu, bila dia nak datang je ke arah
kami, "tiiiikkkkkkkk…" suis lampu tu terbuka kembali.. (scaryyyy woooo)
Kali ni.. Tanpa berlengah² ape lagi… Kami terus angkat kaki langkah
seribu la.. Tak tahan wooo kena kacau macam tu.. Kami lari cepat² balik
ke bilik berkawal.. Lepas tu, kami cerita la kejadian yang baru kami
alami ni kat pelatih lelaki..
Malam tu, ingatkan kami je yang terkena.. Rupa²nya pelatih lelaki yang
berkawal masa shif saya tu jugak kena kacau.. Saya dah tak ingat dah
cerita hantu diorang kena kacau macam mane.. Tapi yang pastinya diorang
pun kena kacau dengan hantu dalam tandas jugak.. Cuma hantu tu bukan
main dengan suis lampu la tapi main dengan benda lain..huhu..
Sejak hari tu, saya da tak nak dah berkawal antara shif 12 hingga 2 pagi
dan 2 hingga 4 pagi.. Saya biasanya amik shif jam 4 – 6 pagi
je, sebabnya pukul 5 pagi kebanyakan pelatih dah bangun untuk mandi dan
bersiap² untuk solat subuh.. Jadi waktu untuk saya dan 2 pelatih
berkawal yang lain kiranya tak sunyi sangat la sebab pelatih lain da
bangun da kan.. hehe..
Adeh… Meremang sekejap bulu² roma bila teringat balik kat cerita hantu
kem PLKN ni.. Tu la antara pengalaman yang saya alami sendiri.. Untuk
next part, saya akan kongsikan lagi pengalaman saya sendiri yang nampak
bayang² kat tingkap tapi takde orang pun dan kawan saya sendiri pun
nampak banyang² ni.. Selepas tengok bayang² tu, kami kena tindih..
Banyakkan la beramal dan ingat pada Allah.. Yakinlah hanya Allah sahaja
yang paling berkuasa di dalam dunia ni.. Jin, Iblis dan Syaitan ini juga
makhluk ciptaan Allah yang cuba menyesatkan manusia dengan menakutkan
kita supaya kita lebih takutkan mereka daripada Allah.. Semoga kita
semua berada dalam lindungan Ilahi sentiasa dari gangguan jin, iblis dan
syaitan ni.. Amiiinn..
loading...
0 Response to "CERITA BENAR: BAGAIMANA ROH-ROH INI MENYAKAT PELATIH-PELATIH PLKN..!!! CERING BULU ROMA JIKA BACA SORANG-SOARANG..!!JIKA ANDA PUNYA DARAH TINGGI BOLEH KLIK NANTI BOLEH HILANG TINGGINYA"
Post a Comment