Pelik...Gadis OKU Disuruh Pakai Baju Ibu Sebelum Diperkosa Bapa Setiap Malam

loading...
Pelik...Gadis OKU Disuruh Pakai Baju Ibu Sebelum Diperkosa Bapa Setiap Malam

Ibarat haruan makan anaknya sendiri, namun kes ini mungkin jauh lebih buruk lagi daripada itu.
Setiap malam sepanjang tiga tahun lepas, gadis remaja berusia 17 tahun, yang bernama 'DR' (nama sebenarnya dirahsiakan), terpaksa melayan nafsu liar bapa kandungnya sendiri, Rusdi, 44 tahun.
Lelaki kejam itu mengadakan hubungan seks dengan DR di rumah neneknya yang juga ibu mertua Rusdi, di wilayah Tangerang.
DR terpaksa mengadakan hubungan seks dengan bapa tidak berperikemanusiaan itu dari Februari 2012 hingga Jun 2015.
SURUH MANGSA PAKAI BAJU ISTERI
Lebih mengejutkan dan menggusarkan, Rusdi dikatakan menyuruh anaknya itu memakai baju isterinya yang juga ibu DR. Mangsa dikatakan mirip ibunya.
Gadis itu sebenarnya menolak hubungan seks tersebut, namun diancam akan dibunuh oleh bapanya itu. Lebih menyedihkan lagi, mangsa sebenarnya seorang anak yang cacat fizikal, dan tidak mampu melakukan apa-apa, selain merangkak di rumahnya.
MANGSA DISURUH TONTON VIDEO LUCAH
Menurut pihak berkuasa, pada mulanya, mangsa disuruh menonton video lucah. Ketika gadis itu bertanya kepada bapanya mengapa beliau harus berbuat demikian, bapanya itu berkata, anaknya itu perlu mengetahui adegan yang ditunjukkan dalam video tersebut, kerana beliau akan melakukannya bersama suaminya nanti.
Namun, itu ternyata hanyalah helah Rusdi bagi merangsang dan memuaskan nafsu kebinatangannya yang jijik.
Kes tersebut akhirnya diketahui juga oleh ibu si mangsa, yang melaporkannya kepada polis dan Rusdi akhirnya ditangkap.
Ibu mangsa sudah meninggalkan rumah mereka sejak 2012, kerana tidak tahan dengan suaminya itu yang berkelakuan buruk.
Jika sabit kesalahan, Rusdi boleh meringkuk dalam penjara hingga 15 tahun.
loading...

Related Posts :

0 Response to "Pelik...Gadis OKU Disuruh Pakai Baju Ibu Sebelum Diperkosa Bapa Setiap Malam"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close