loading...
Semua pengguna Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) diingatkan supaya bersedia dengan pelaksanaan sistem pembayaran secara elektronik sepenuhnya di semua plaza tol seluruh negara ini bermula 26 April ini.
Pengurus Besar Operasinya, Norbayati Manap berkata, pada masa ini kira-kira 200,000 pengguna lebuh raya itu masih menggunakan pembayaran secara tunai.
Beliau berkata, mulai 26 April ini kesemua 94 plaza tol kendalian PLUS bakal memulakan sistem pembayaran elektronik sepenuhnya melibatkan semua kelas kenderaan.
“Oleh itu, pengguna diingatkan bahawa operasi pembayaran tol akan hanya menggunakan sama ada kad Touch ‘n Go, kad PLUSMiles dan SmartTAG,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi Taklimat Pelaksanaan Kutipan Tol Secara Elektronik Sepenuhnya melibatkan laluan tertutup Juru – Skudai, di sini sebentar tadi.
loading...
0 Response to "PLUS Buat Pengumuman Mengejutkan Ramai Pengguna, Bermula 26 April Ini, Semua Tol..."
Post a Comment