loading...
Isteri Nekad koyak Buah Zakar Suami hingga Dibedah Akibat Malas Bantu Buat Kerja Rumah

Tragedi ini berlaku pada Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac setiap tahun.Seorang isteri di Romania mengoyak kerandut buah zakar suaminya dalam satu pertengkaran yang bertukar.
Marinela Benea, 40, menuduh suaminya malas membantunya membuat kerja rumah, lapor portal Daily Mail di sini.
Sementara Ionel
Popa, 39, mendakwa isterinya naik berang kerana tidak membelinya
sejambak bunga sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut kelmarin.
Lelaki dari Vaslui
County di timur laut negara itu terpaksa dikejarkan ke hospital dalam
keadaan buah zakarnya terkoyak selepas serangan.
Pasangan itu yang
mendirikan rumah tangga selama 15 tahun, dan mempunyai seorang anak
remaja, bertengkar kerana si suami enggan mendengar suruhan isteri.
Pada malam sebelum kejadian, Benea dipaksa menghidupkan api sepanjang malam kerana Popa kesejukan dalam keadaan mabuk.
“Pada paginya, saya
membuka langsir dan memintanya keluar bekerja, atau setidak-tidaknya
bantulah kerja saya di rumah tetapi dia menjerit, mengatakan saya tidak
layak mengarahnya,” kata wanita itu.
Pada waktu itu, kata si isteri lagi, dia meramas buah zakar Popa tetapi suaminya melawan balik.
“Bukan salah saya,
dia yang menarik, dan terjadilah insiden itu,” kata Benea lagi seperti
dilaporkan. “Saya ingat merawat dengan ais boleh menyelesaikan masalah
itu tetapi dia tetap meminta saya memanggil ambulan.”
Koyakan di bahagian kiri bawah kemaluan Popa memaksanya menjalankan pembedahan segera dan kini dilaporkan stabil.
Anggota paramedik Aurora Popa dilaporkan berkata lelaki itu mengalami luka koyakan yang serius di kemaluan.
“Dia memberitahu
kami bahawa isterinya menyerangnya kerana dia tidak membelinya bunga
pada Hari Wanita Sedunia,” kata anggota pasukan paramedik itu. Kes itu
kini dalam siasatan polis.
loading...
0 Response to "(ViraL) Ngerii..Isteri Nekad koyak Buah Zakar Suami hingga Dibedah Akibat Malas Bantu Buat Kerja Rumah "
Post a Comment