loading...
Benar kata orang, lelaki yg baik untuk wanita yg baik dan lelaki yg jahat untuk wanita yg jahat. Perkahwinan aku tak seindah yg aku impikan. Aku berkenalan dengan suami dalam keadaan yg kotor. Penuh dengan maksiat dadah dan dosa. Dunia kami indah bagaikan semuanya milik kami.
Dadah arak club malam menjadi makanan harian kami. Tiga tahun berlalu dengan pantas. Kami menghalalkan perhubungan kami. Dengan izin Allah kami dihadiahkan permata hati pertama. Ya aku syg kan anak ku seperti nyawaku. Aku mula berubah. Mula berubah untuk anakku. Suamiku ? Masih kekal dengan dunianya.
Bahkan semakin teruk tengelam dgn dunia dadahnya. Dia cari aku bila perlu dan buang aku bagaikan sampah bila bosan. Sepak terajang menjadi satu kebiasaan. Aku? Sabar. Anak penguat hati aku. Bertahun berlalu. Aku melahirkan anak ketiga. Aku mula berhijab. Suami kata jangan munafik.
Angat-angat tahi ayam! Aku? Sabar Allah itu ada. Aku buang segala pakaian yg tak cukup kain semua. Aku mula istiqomah. Ya berubah mmg mudah tp istiqomah itu susah kerana org sekeliling memandang serong pd diri ku. Aku? Sabar. Allah ada. Suami? Kekal dengan dunianya. Hari-hari aku kesedihan.
Allah memberi setiap petunjuk bila hati ini gelisah. Ya setiap kali suami dengan perempuan lain, Allah perlihatkan jalan utk aku. Hari-hari aku terluka. Aku redha. Mungkin ini balasan pada aku atas segala kesalahan lampau aku. Anak membesar. Anak anak penguat hati aku. Aku lalui semua dgn senyuman utk anak anak aku. lepas 6 tahun belalu dengan pantas.
Aku mengadung anak ke 4. Suatu malam Allah tunjuk kuasanya. Phone suami berbunyi "sayang" call. Aku angkat dengan hati yg kosong. Tanpa rasa. Tanpa marah tanpa dendam. Ya seorang perempuan, aku hulur kan fon pd suami dgn berkata "buah hati awak call" dengan langkah perlahan aku ambil anak kecilku dan bergurau senda dgn nya.
Suami letak fon dan perhatikan aku. Dengan perlahan dia dakap tubuh ku. Aku kaku. Keluar di mulutnya "tiada lagi ke sayang awak pd saya" aku? Hanya mampu membisu. Senyum aku ukirkan. Hati aku kosong. Jiwa aku hancur. Suami menangis melutut meminta ampun segala silapnya. Aku berdiam. Hati isteri mana mampu tahan. Ku dakap dia erat. Ya Allah, sungguh aku rindu akan suamiku. Aku redha dengan segala apa yg terjadi.
Hari berganti hari, suami mula berubah. Tiada lagi dadah, tiada lagi maksiat. Tiada lagi sentuhan kasar. Tiada lagi dosa dia dimata ku. Dan harini sepuluh tahun berlalu dengan pantas, anak-anak penghibur harinya dan dia menjadi imam disetiap solatku.
Terima kasih ya Allah
Sungguh besar hikmah atas segala kesabaranku.
Wahai isteri, andai syg akan rumahtangga yg kita bina maka bersabarlah. Kerana ALLAH ITU SENTIASA ADA.
loading...
0 Response to ""Hidup Kami Suami Isteri Bergelumang Dengan Maksiat Dan Dosa""
Post a Comment