Tips Kecantikan !!! 10 Tip Ini Kalau Nak Kulit Bayi Bersih & Cerah Bila Dah Lahir

loading...
10 Tip Ini Kalau Nak Kulit Bayi Bersih & Cerah Bila Dah Lahir

Kalau ikutkan ibu hamil, kebanyakan mesti nak kulit bayi yang putih gebu, malah ada yang sanggup amal petua tradisional hanya kerana mahukan kulit anak putih!
Meskipun menurut pakar, apa yang ibu makan ketika hamil tidak menentukan warna kulit bayi yang dilahirkan. Melainkan kulit anak akan putih gebu hasil percampuran genetik antara ibu dan ayah.
Namun tak salah jika ibu tetap ingin berusaha, ada beberapa makanan yang ramai percaya dapat cantikkan kulit bayi. 
Air kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi bersih. Air kelapa mengandung elektrolit tinggi yang bermanfaat sebagai antioksidan alami bagi tubuh. Lagi bagus, air kelapa dapat menghidrasi tubuh dengan cepat dan membantu menjernihkan air ketuban sehingga kulit bayi dalam kandungan akan lebih bersih.
2. Susu Saffron
Amal minum susu kambing dicampur dengan sedikit saffron, 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur boleh mengelakkan bayi kena demam kuning.
Campur dua stigma saffron untuk 500ml air suam. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung. Sekiranya anak-anak masih lagi minum susu botol, campurkan sedikit air rendaman Saffron dalam bancuhan susu botol anak.
Cara lain, anda boleh amalkan ambil filamen Saffron dimakan bersama satu sudu kecil madu asli 2 kali sehari. 1 sudu waktu pagi dan 1 sudu waktu malam.
Bagi ibu hamil, meminum susu dengan campuran saffron dipercayai akan meningkatkan kecerahan warna kulit bayi masa depan nanti.
3. Putih telur
Telur makanan yang kaya dengan kandungan protein, malah di katakan sebagai makanan yang kaya dengan protein tinggi. Selain itu, banyak lemak, mineral, serta kolin tinggi yang sangat baik untuk ibu hamil. Selalu mengambil putih telur pada trimester kedua kehamilan diyakini dapat membuatkan kulit bayi putih dan sempurna.
Sebenarnya ada 3 makanan yang sangat digalakkan untuk dimakan oleh ibu yang sedang mengandung iaitu, kurma, badam dan susu. Boleh buat minuman dan campur semua bahan ini. Apa yang bagus, badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
Kacang badam mempunyai kandungan folate yang tinggi. Folate adalah sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.
Makan badam atau minum susu badam selama kehamilan. Selain sihat untuk perkembangan janin, badam juga dipercayai dapat mencerahkan kulit bayi.
Salah satu buah kaya dengan vitamin C yang wajib diambil selama kehamilan. Selain meningkatkan warna kulit, kandungan asid folik dalam oren juga penting untuk pertumbuhan janin yang sihat.
6. Jintan manis
Wanita hamil di India percaya dengan minuman air rendaman biji jintan manis sebanyak 3ml setiap pagi dapat meningkatkan warna kulit bayi. Selain itu juga dapat meringankan gejala mual di pagi hari.
8. Jus anggur
Kandungan alpha hydroxy acids (AHA) dalam anggur dipercaya berkesan untuk menghasilkan kulit yang cerah dan sihat.
9. Lobak putih
Lobak putih kaya dengan antioksidan dan mineral yang diyakini dapat mempengaruhi warna kulit bayi di kandungan jika sering diambil selama hamil.
Sumber: Mingguanwanita
loading...

0 Response to "Tips Kecantikan !!! 10 Tip Ini Kalau Nak Kulit Bayi Bersih & Cerah Bila Dah Lahir"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close