Terkini Mayat Bayi Atas Jambatan.. Yang Paling Sedih Bayi Itu telah.......... Viralkan semoga tertangkap Mereka yang tidak bertanggungjawab ini...

loading...
Mayat bayi atas jambatan
Pelabuhan Klang: Mayat bayi lelaki ditemui orang awam dalam bungkusan plastik di atas jambatan Jalan Parang, Pelabuhan Utara di sini, semalam.
Bayi yang dipercayai berusia enam bulan itu ditemui juru ukur jalan, Muhammad Nurilham Khairudeen, 26, yang sedang membuat kerja penyelenggaraan di kawasan itu pada 9.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada pengadu berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan cedera dan luka pada sebelah kanan perut bayi yang masih sempurna itu namun punca sebenar kecederaan belum dikenal pasti.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya.
Kata Mohd Yusoff, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

Credit: Harian Metro
loading...

0 Response to "Terkini Mayat Bayi Atas Jambatan.. Yang Paling Sedih Bayi Itu telah.......... Viralkan semoga tertangkap Mereka yang tidak bertanggungjawab ini..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close