(VIDEO) Suara Lunak Merdu Pelajar Autisme Ini Tarik Perhatian Ratusan Ribu Orang dan Dato` Siti

loading...
(VIDEO) Suara Lunak Merdu Pelajar Autisme Ini Tarik Perhatian Ratusan Ribu Orang dan Dato` Siti

Baru-baru ini, telah menular video seorang pelajar autisme yang mempunyai kebolehan menyanyi seperti penyanyi profesional! Di samping itu, adik ini turut meminati penyanyi nombor satu di Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza!
Video tersebut telah dimuat naik pada 12 April yang lalu oleh seorang guru di Sekolah Kebangsaan Selama, Kedah, Nurul Shuhada.
Seterusnya dalam sambungan video tersebut memaparkan Syuhada sedang menyanyikan lagu penyanyi pujaannya bertajuk ‘Biarlah Rahsia’.
Apa yang mengejutkan adalah kelunakan suara adik Syuhada dalam menyampaikan lagu tersebut.
 Hasil daripada perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen sehingga mendapat tontonan melebihi 200,000!
Penularan video tersebut bukan sahaja berjaya menarik perhatian netizen tetapi Dato Siti Nurhaliza sendiri!
Menurut Dato Siti, beliau amat menghargai golongan sebegini dan mendoakan agar Syuhada terus berjaya dalam kehidupannya.
“Saya sudah pun menonton video itu dan saya ingin berterima kasih kepada Adik Syuhada kerana meminati saya dan sangat menghargai usahanya yang sudi menyanyikan lagu saya.
In Shaa Allah jika ada rezeki dan kelapangan kami pasti akan berjumpa satu hari nanti. Saya doakan dia akan berjaya dalam hidup. Ini kerana setiap hamba Allah pasti mempunyai keistimewaan yang tersendiri”.
“Memang ramai dalam kalangan insan istimewa yang meminati dan ingin bertemu artis kegemaran mereka. Saya menyedari tentang perkara ini dan jika terdapat acara yang saya hadiri atau terjumpa di mana-mana, saya akan berusaha mencuri masa untuk melayan dan menghiburkan mereka,” ujar Dato Siti lagi”.
Diharap Syuhada dapat mencapai hasratnya untuk bertemu dengan penyanyi idolanya pada satu hari nanti!
loading...

Related Posts :

0 Response to "(VIDEO) Suara Lunak Merdu Pelajar Autisme Ini Tarik Perhatian Ratusan Ribu Orang dan Dato` Siti"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close