loading...
Sesiapa yang pernah pergi ke Kelantan dan membeli belah di negeri itu pasti tahu mengenai waktu operasi kedai-kedai di sana. Kedai tutup ketika solat di Kelantan bukanlah perkara asing bagi rakyat negeri itu dan pelancong yang selalu melancong ke sana.
Bekas ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dasar yang diperkenalkan itu tiada asas dan mendakwa kerajaan PAS memaksa rakyatnya mengikuti peraturan itu.
Zaid ingin menghentikan peraturan menutup kedai selama 15 minit sewaktu solat maghrib dan bakal menyaman kepada sesiapa yang mengikuti peraturan itu.
“Ia OK jika kita berada di negara yang diperintah Talibah atau mullah. Tetapi dalam amalan demokrasi, dasar mesti mempunyai asas perundangan,” ujar Zaid kepada Malay Mail Online.
Tindakan saman itu dilakukan untuk menyatakan bahawa kerajaan Kelantan tidak boleh mengenakan peraturan yang tiada asas hanya kerana berlandaskan tafsiran Islam mereka, tambah Zaid.
Negeri Kelantan telah diarahkan menutup premis kedai untuk beri laluan kepada peniaga beragama Islam untuk solat maghrib selama 15 minit.
loading...
0 Response to "Viral !!!! Henti Niaga Demi Solat, Kelantan Bakal Disaman?"
Post a Comment