loading...


Menceritakan kejadian, Derek berkata tayar motosikalnya pancit dan tiada liputan telefon di kawasan terbabit.
![]() |
Foto yang dikongsi oleh Derek |
Derek juga berkongsi foto motosikalnya diangkat oleh dua orang pak cik ke atas sebuah pikap Nissan Navara.
Selain itu, Derek juga memuat naik gambar pakcik berkopiah yang menumpangkan mereka ke mekanik terdekat.
Terbaiklah pak cik!
Difahamkan, kejadian tayar pancit itu berlaku di Sabah.

"Tapi ramai orang putih fikir semua orang muslim ni pengganas. Hanya mahu dunia tahu bahawa perkara itu tidak benar." tulis Derek.
Yup, kebaikan mudah (simple act of kindness) orang tempatan di sana menolong pelancong yang pancit tayar sebenarnya memberi impak yang positif kepada Malaysia.
Setakat tweet Derek dimuat naik, ia sudah dikongsi lebih 1,500 kali dan secara tidak langsung membuka mata-mata orang luar terhadap orang muslim di negara ini.
Terdahulu, Derek pernah viral apabila memuat naik tweet makan dalam khusus untuk Trump dengan mengatakan orang-orang di negara muslim lebih ramah dari Amerika.

loading...
0 Response to "( VIRAL ) Orang Putih Puji Muslim Berkopiah Putih Kerana Keramahannya."
Post a Comment